Friday, June 18, 2010

Ku suka akan Hamm dan Potato.




Salam allo. Sila tonton treler di atas, ia merupakan treler Cerita Perihal Mainan Ke-tiga yang paling melucukan setakat ini! Adalah menjadi pengakuan saya bahawa saya amat tunggu-tunggukan saat filem ini ditayangkan di Malaysia. Pengakuan yang kedua adalah, pada mulanya, pabila saya mengetahui bahawa siri Cerita Perihal Mainan akan diteruskan, saya berasa kurang enak kerana para pembikin filem ini akan meranapkan nilai sentimental dan keklasikan siri kegemaran ramai ini. Saya juga pasti faktor perdana mengapa siri ini diteruskan penerbitan dan pembikinannya adalah kerana untuk menyapu uwang seluruh peminatnya yang kini sudahpun dewasa. Siri ini juga diminati kanak-kanak sekarang, dan oleh itu, akan meningkatkan jualan produk-produk filem itu.

Namun, pabila ku menonton treler filem ini, seluruh persepsiku berubah. Dem yu advertising! Ku kian berasa teruja untuk menyaksikan sendiri kehebatan filem ini yang telah diuar-uarkan di pelbagai laman sesawang yang kulewati. Namun, bapaku menyuruhku dan adik-adikku untuk sabar dan menunggu kepulangan ibu kami dan adik-beradik kami yang lain pulang dari desa. Oh, betapa ku rindu akan mereka :(