Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra', ayat 23)
Daripada Abdullah Amru, Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: "Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa." (Hadis riwayat Tirmizi)
Seperti yang korang tahu, hari ni Hari Bapa, hari yang diuar-uarkan untuk membuat bapa kita rasa spesial. Baguslah, kita berniat baik nak menghargai jasa bapa kita, tapi sebenarnya, kebenaran yang benar-benarnya, kita sepatutnya menghargai, menghormati, mentaati dan mengasihi bapa dan ibu kita setiap minit, setiap hari. Walaupun tak salah nak sambut hari bapa tapi adakah memadai jasa dan pergorbanan bapa dihayati dan dikenang tatkala menyambut hari bapa? Sudah tentu tak sbb sikap ni tak menggambarkan kasih sayang sepanjang hayat tapi hanya budaya sekali setahun. Ia bukan untuk diamalkan pada hari yg spesifik, tapi selagi hayat dikandung badan. Walaupun jasa dan pengorbanan mereka teramatlah banyak sehingga kita tak mampu nak membalasnya, sekurang-kurangnya, taati dan hormatilah mereka. Sama-sama kita mengamalkannya, insyaAllah :D
We love you Baba!
From your daughters and son :)