Sunday, May 10, 2009

Happy Ummi's Day!






Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Jelaslah bahawa para ibu amat dimuliakan di sisi Islam. Seperti yang korang tau, hari ni Hari Ibu. Hari yang diuar-uarkan untuk membuat ibu kita rasa spesial. Baguslah, kita berniat baik nak menghargai jasa ibu kita tapi, hmm tapi sehari je ke? Sebenarnya, kebenaran yang benar-benarnya, kita sepatutnya menghargai, menghormati, mentaati, mengasihi ibu dan bapa kita setiap minit, setiap hari. It's not to be practiced only for a specific day, but as long as we live.

Walaupun jasa dan pengorbanan mereka teramat banyak hingga tak mampu nak dibalas oleh kita, sekurang-kurangnya, hormatilah mereka, taati dan berbaktilah kepada mereka. Sesungguhnya, syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.

Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?

Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?

Dia menjawab: “Tidak.”

Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.

Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?

Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.




http://www.emocutez.com

We love you Ummi!
From your daughters and son.