Monday, August 10, 2009

"Sekolah akan ditutup..."

Salam allo :) Kat sekolah tadi, masa lebih kurang 10-15 minit camtu la nak balik, ada pengumuman yang satu sekolah kena berkumpul kat dataran kejat. Maka bermulalah pelbagai spekulasi dan anggapan para pelajar akan apa yang akan dibicarakan pada hari tersebut (skema plok doh) Pada pagi perhimpunan tu pon, cikgu ada cakap pasal tu. Masa Maths pon, Pn Norliza ada sebut pasal tu.



Ternyata mmg tanggapan kitaorg btol. Para cikgu pon beritahu la serba sdkt pasal virus ni, penjagaan yang betol dan yg semua kena pakai mask esok sbg langkah berjaga-jaga. Pastu cikgu pon ada selit jgak yg ada budak sekolah yg guna basketball court kat sekolah sampai pukul 9 malam! Gile la! Pn Zabedah pon ada cakap yg pihak skolah masih menunggu keputusan apa entah sama ada sekolah nak ditutup atau tak (pada masa ni ada 'aura mengharap' berlegar-legar di sekitar skoolah). Pastu time nak bersurai, Pn Siti berkata:


"Sekolah akan ditutup..." Pastu ramai yang bersorak! "... dari pukul 5 petang setiap hari."

Laaa.. Wat suspen btoi. :P Pastu cikgu pon cakap,


"Jangan salah faham... Sekolah ni akan ditutup... dari pukul 5 petang setiap hari."

Pastu mula la bising, tergelak-gelak. Memang nampak sangat semua orang tengah berharap. :P hahaha.

Apa-apapun, benda ni kenala amik serius sbb boleh membawa maut. Jaga kebersihan, amik langkah berjaga-jaga cam pakai mask ke, elak gi tempat awam ke, tempat yang crowded ke ape.. Walau cam tu, takdir terletak pada Allah. Hanya Allah yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita perlu sentiasa berdoa agar dijauhi dari segala yang buruk kerana hanya padaNya tempat kita bergantung. Dan kalau kita ditakdirkan untuk menghadapi sesuatu cabaran, hadapilah dgn tabah dan redhalah atas apa yg terjadi. Kerana setiap perkara mesti ada hikmahNya walau nampak tiada kebaikannya di mata kita, Allah Maha Mengetahui. Wallahualam.