Monday, October 18, 2010

Sembilan Sembilan Lapan



Salam hola. Patik mencemar duli (dengan memblog) untuk mengistyiharkan bahawa... esok raya! Ok tahpape -.- Untuk mengistyiharkan bahawa patik hanya perlu memuat turun 2 gambar sahaja lagi untuk mencapai angka 1000 keping gambar di dalam fail komputer patik yang dibikin khusus untuk mengkompilasikan gambar-gambar Lionel Andres Messi yang patik kebetulan ketemu semasa melayari laman sesawang di internet... DI SAMPING mencari maklumat-maklumat tertentu tentang peperiksaan SPM yang akan menjelang tiba.